Selamat datang ke Laman Blog Rasmi SK Meraga Beris .

Monday, 29 September 2014

REHLAH UPSR 2014



Unit UPSR telah mengadakan satu program rekreasi untuk murid UPSR bagi merehat minda. Semoga program ini dapat manfaatnya...

Saturday, 6 September 2014

KURSUS LADAP BAGI DSKP MP SAINS, MATEMATIK, PEND. AGAMA ISLAM DAN PEND. JASMANI DAN KESIHATAN_06/09/2014

Semua guru SKMB telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Banyak ilmu-ilmu telah dikongsi tentang DSKP tahun 5 yang akan diajarkan pada tahun 2015. Semoga guru-guru dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran nanti.

Friday, 5 September 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN_21/08-04/09

Alhamdulillah, sambutan kemerdekaan sudah sampai ke penghujungnya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan antaranya pertandingan mendeklamasikan sajak bm dan bi, koir antara kelas, perntandingan mewarna dan melukis poster, pertandingan kelas patriotik dan bilik-bilik khas patriotik, pertandingan buku skrap serta kuiz merdeka. Sambutan diadakan untuk menyemarakkan semangat sayangkan tanah air... MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Monday, 1 September 2014

DOAKAN KEJAYAAN KAMI!!!





9-11 Sept, murid-murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan besar iaitu UPSR... semoga calon-calon UPSR SKMB beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin...